Tapi saat ini belum saatnya untuk kita
bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana
perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi.
Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku?
Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula
hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?
Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara,
untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini,
mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu
tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu
menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan
mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal
yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan
nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti
kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan
Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami
dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga
dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke
hari? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu,
Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau
selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang
lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan..
Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang
nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang
dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus
dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah..
berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata
mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak –
anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia
menantimu..
Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu
dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan
yang benar. Amin…
No comments:
Post a Comment