Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 7 December 2011

Kehadapan my future husbands(s) , yg telah ditentukan ALLAH... (❤‿❤)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I.
Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I.
So, sila baca entri ni perlahan-lahan.
Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future husbands(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now.
But one day,insyaAllah, ( dengani izin ALLAH) bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya
seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya.
Lagi pun, I tahu yang I ni memang comel.
Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. ( msti korg sengih sorg2 bca ayat ni)

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang flirt-flirt kat facebook.
Sebab, setahu I, kalau lelaki tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia.
Macam lah dia sorang je yang comel.
I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak tangkap gambar dengan perempuan pegang sana sini. Malu I.
You pun tau kan, lelaki ni ibarat kereta Ferrari.
Bila baru beli,dan masih berbalut, ramai orang nak.
Tapi kalau dah tak berbalut, masih ada yang nak ,tapi chop second hand lah..
You pun tak nak kena chop kan??

Lagi pun, you tahu, tak ada perempuan kat dunia ni yang suka laki dia bekas orang,..

My future husbands(s),

I tak tahu pasal masa depan kita. I tak tahu berapa banyak duit yang u akan bagi pada I.
So, dengan kata lain,insya ALLAH I tak janji yang I takkan mintak rumah yang besar2 atau mahal2 dari U.
I juga tak berani janji yang I takkan minta 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang jujur ni.
Tapi kalau setakat kasi you 2 hingga 3 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you bg I bekerja. Tapi lagi bagus kalau you tak bagi I berkerja sebab I boleh jaga U dan anak-anak kita nanti.
I tau U tak mintak di layan bagai raja. Tapi kalau U balik dari kerja tu, I akan tanggalkan stokin U, urut bahu U, sediakan minum-minum U. Tapi kalau you tak nak I buat, tak apa.
senang sikit kerja I,tak pun kita ambil orang gaji,..kurang la sikit beban I. See? I memang prihatin. (¬_¬)

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah lelaki yang kaya,macho,hensem,pandai dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka.
Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu.
Sebab kalau di ikutkan, I tak suka lelaki yang sopan santun sangat.
Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan?
Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah.Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future husband (s),

You, I tau U harap I reti memasak. You pun mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau lelaki tak reti masak?
Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah.
Tapi jangan salahkan I kalau duit U tiap bulan tak cukup sebab hari-hari kita makan luar.. sebab dua-dua tak reti masak nak buat macam mana kan?
Okay tak-tak. I tak nak U tambah  2,3,4. Banyak sangat. I tahu U bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah.
You tau, air tangan masakan suami lah yang buat si isteri sayang selalu. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan?
Kalau setiap hari makan kat restoran, baik kita gaji makcik tu kerja dengan kita jer,..
Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu orang gaji,..(cukup 2) kan?  d(-_-)b

I harap you reti kawal diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak.
Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan girlfriend you.
Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua.
Girlfriend you tu bukan boleh percaya sangat.
Kebanyakkanya adalah penggoda. Sebab kalau dah perempuan, mesti pandai goda.
Girls, their mouth is bull****. So, don't trust them.


Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, I masak, U makan. U imam, I makmum.
U baca doa, I aminkan. I merajuk, U pujuk. Perfect, kan?
So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih lelaki lain.
You pun mesti tak nak jadi suami ke dua I kan.(janda)
so, terserahlah kat you olz.... (*^ -^*)
so, olz boyzz, pls, u should tke care urself for ur future wife!!


•.¸¸.•´¯`•..•´¯`.¸¸..
sincerely ~yOur fUtUre wIfe,..~

Tuesday 6 December 2011

Kepada Bf anak aku,


berikut ada beberapa syarat yang wajib dipatuhi untuk kamu berkawan dengan anak aku :) 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

Monday 5 December 2011

1ST TIME WAYANG~

Mesti ramai yang tertanye2 kenapa entry kali ni cik donut bagi tajuk ni? Ta kurang jugak yang fikir bukanbukan. Adik aku pun tanye kenapa 1st time wayang tajuk nyeee..

Cerghite nye bermula begini, isnin lepas, 1st disember, mase barubaru duit nak masuk, aku pun cadangcadang nak bawak adikadik tengok wayang (baikkan aku ni? Haha sila muntah hijau)

Then ditakdirkan tuhan, aku ta jadi pegi pun.. so esoknye bawak lah budakbudak tu pegi tengok wayang..mule lah dari rumah, pegi ni bukan main semangat adikadik aku ni,.. dalam bas ta payah cerite lah,…kitorang 3 beradik je yang bising, ye lah macam rapid kl tu bapak aku punye syarikat.. hahaha

Arakian, lepas tu, selamat lahh kami sampai ke taimsekuerr..punye lah teruja sampai aku ni ta perasan, aku pakai seliper buruk je (sangad sangad buruk kott) hahaha then aku pun naik lahh eskeletor. Jalan punya jalan punya jalan, sampai ke tempat yang dituju,.. yang kelakar  nye, orang yang keje kat GSC tu siap cakap ape taw.. “eh ! kakak ni !” dia plak yang teruja Nampak aku

Hahaa sebenarnye, memang patut dia teruja sbb aku dah datang semalamnye, masa 1st of disember tu siap buat movie marathon,.. tu yang dia teruje gilerr tu. Lepas tu aku pun beli ticket wayang lahh kan,.. beli 3, aku, adik aku yang num 3 tu and yang num 4.. sementara nak tunggu kul 12 cerite tu start, kami pun pi pusingpusing lahh kat taimsekuerr tu..

Adik aku yang kecik ni plak semangat dia lain macam, bila aku cakap ta jadi nak tengok wayang, dia dah tarik muka limeposen. Hahaha janga ta pecaye,tambah patposen je dah boleh naik bas taw ! (bas agy, hahaha)

Lepas tu tunggu punya tunggu sampai lah ke waktu suruh masuk tuu.. hehe ni yang teruja lebih ni, bayangkan yang tengok cerita tu Cuma seblas atau doblas prang je.. hahaha (3d kot, dapat ceghemin mate percumaa.. pinjam je sebenarnye)
adik aku yang no 4

Masa memula masuk  tu cerah agy lahm,,, then cari cari tempat duduk and kami pun duduk,… lepas tu, movie pun setart… memula nak tengok wayang kana da iklan yang berjelajela tu, ha adik aku yang kecik nil ah asyik tanye, “along, da start ke?” aku jawab belum. Dia pun tengok agy, sampai memula start cerita tu, dia tetibe cakap “along ! kuatnye suara dia, “ nada adik aku bercakap tu aku rasa lagi kuat dari sound movie tu sbb aku yakin sangat semorang dengar apa yang dia cakap..

Tergelakgelaka ku ngan adik aku tu,.. then dia pun diam je,.. focus tengok wayang.. tetibe je dia bersuara agy, “along along, nanti lepas habis wayang ni along pegi buka lampu erk? Gelap lah, adik tak Nampak nak jalan…” again aku tergelakgelak kat situ, mahu nye tak… dia ingat aku ke yang pegang remote sound wayang and jaga suis lampu?

Lepas tu aku buka popkon, nak makan la bajetbajet.. ape yang bagus kat adikadik aku ni, ape aku bagi dorang ambik,… ape aku bagi tanpa banyak cakap diorang makan,. So aku pun bagi arr popkon tu, yang num 3 tu makan kool je lahh, tetibe yang kecik tu amik, and cakap “eh dah dah.. tutup lah, bawak balik bagi ibuu..” haha

Gelak agy, aku  rasa kitorang gelak sebab adik aku tu je.. bukan sebab tengok wayang. Sampai kesudah, bila dah habis wayang tu tetibe lampu bukak sendiri, and kitorang pun keluar.. aku pun tanye lahh kat adik aku tu “ adik nak ikot agy ke lau along nak g tengok wayang?” dia angguk, macammacam cerita gak dia sebut, teruja ta hilang agy..

Da habis tu memasing pun lapa, aku cakap lahh, “jom along banje pi makan mekdo (mc Donald) “ depa pun suke lahh.. hahaha sesampai nye kat mekdo, beli lah mendemende and makan.. masa dalam perjalanan balik tu, ta habis habis dia bercerite pasal movie. Penat gak nak dengar, tapi layankan je, hujan plak that time. Hmm memang syok,..

Aku cakap ngan adikadik aku , lepas turun bas, lintas jalan and terus lari balik umah.. yang dia(kecik tu) ta sempatsempat terus mencicit berlarilari balik  rumah.. aku plak, enjoy the moment lahh main hujan.. tapi aku rasa memang  itu lah bende paling kelakar yang berlaku sepanjangpanjang aku kenal wayang ni.. hahaha
Dah dah, lain kali lah sambung entry merepek aku ni.. bubbye uolss, got to go,

Assalamualaikummmmm J

JJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJ

Sunday 27 November 2011

HARIMAU MUDA TETAP DIHATII~

(NEVER GIVE UP AND JANGAN TERLALU YAKIN..)

Kenapa tajuk entry ni mcm tu ye? Terasa macam nak bercerita pasal bola pulak,.. baru je beberapa jam yang lepas. Pasukan HARIMAU MUDA kalah ngan pasukan Bahrain,..

Apa yang aku nak cakpkan kat sini, aku bukan nak mengutuk tapi aku nak cakap pasal never give up and jangan terlalu yakin ni,…

Masa mulamula kita main tadi, BEST sangat!! Yang tengah mandi pun saggup mandi kerbau semata mata nak tengok bola.. tapi apakan daya, nak buat macam mana kan? Kita kena redha dengan ketentuan ALLAH kan…

Sama jugak dalam kehidupan kita, jangn terlalu yakin (over kompiden) dan jangan mudah atau cepat berputus asa,… ta payah bagi contoh lainlah kan,.. rakyat Malaysia yang sokong bola ni, bila pasukan kita dapat jaringkan gol yang kedua tadi, fuh !!! dah yakin sangat dah ni Malaysia boleh kalahkan Bahrain …

(ta yah pandang jauhjauh, aku pun same) tapi tengok apa yang jadi? Bahrain dapat 3 gol kurang dari 10 minit,…. Lepas tu, ramai lah yang nak cemuh, kutuk, hina pasukan Malaysia,.. lepas pada tu, kita pun dah give up kat pasukan bola kita,.. why not lah kan, kita same2 bagi semangat supaya di masa akan datang, mereka dapat rasakan kasih sayang,cinta kita terhadap sukan ni,… jadi bila kasih sayang tu sampai ke hati mereka, mereka akan berusaha bersungguhsungguh..
Malaysia Boleh !!
barisan pemain yang telah mengharumkan nama malaysia di Suka SEA yang lalu 

Ingat lagi masa Malaysia kalahkan Indonesia malam tu? Sungguh aku ckp yang aku sendiri dapat rasakan yang kita sesame rakyat Malaysia ni bersatu,.. benarlah apa yang orang cakap, bola sepak ni mampu menyatukan 1 negara,.. buktinya, anda semua dah saksikan,…

Malam kita menang tu, pasukan kita bermatimatian melawan garuda, aku bersyukur sangat sebab aku sendiri dapat rasakan kasih sayang dari Malaysia ni sampai ke Gelora Bung Karno tu,.,. seikhlas hati aku cakap, that time memang best sangatsangat sebab kita bersatu samesame, ta ada percanggahan pendapat atau taraf beza, semua berkumpul di bawah satu sukan, dan samesame memberi semangat,..

Aku sangat berbangga dengan rakyat Malaysia J
Jadi ingatlah, apa yang mesti kita tanamkan dalam hati kita, rasa cinta, kasih sayang yang tak berbelah bagi,.. jangan jadi penyokong yang hanya mahukan kemenangan tetapi apabila pasukan kita mengalami kegagalan, mereka di cemuh, dicaci, walhal mereka telah mencuba sedaya upaya kan?

Untuk siapa? Untuk Negara mana? Siapa rakyatnya? KITA !!! ingat lah dan hargailah segala penat lelah mereka berjuang untuk membanggakan Negara kita,..
Apapun, terima kasih Bahrain kerana kalian telah mengajar kami erti tidak berputus asa dan jangan terlalu yakin,…

Dan kepada HARIMAU MUDA , usaha dan kesungguhan kalian, sangat saya hargai, dan walau apapuan yang diperkatakan oleh orangt lain yang mengeji kegagalan kalian, ingatlah masih ada penyokong setia yang tidak berganjak yang akan terus 
melaungkan 
“GO HARIMAU MUDA !! DO YOUR BEST AND WHATEVER THE RESULT, WE WILL ALWAYS BE HERE WITH YOU !!”

Saturday 26 November 2011

KENANGAN ITUU~

Beribu bintang dilangit kini menghilang,
Meraba aku dalam kelam,
Rembulan mengambang kini makin suram,
Pudar ilhamku tanpa arah,
Sedetik wajahmu muncul dalam diam,
Ada kerdipan ada sinar,
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih ku ucapkan,..
Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu,
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oohh,
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu,
Kau senyumlah ouhh
Sekadar memori kita di arena ini,
Kau ilhamku..



Best kan lagu tu? Hahaa nape cik donut nyanyi lagu tu? kenangan…  sedih nak lupakan kenangan tu taw, ye lah lepas hamper empat tahun tapi semua yang kita pertahankan tu, siasia je rupanye,… sabar je lahh.. hahaha  banyak kenangan yang pernah dilalui bersama, antaranya..

1.kol 24jam (tak 24jam pun sebab ada waktu tidur tapi makan, mandi, buang air pun bgayut)
2.main game but on call sematamata nak tanyaa cara main game tu..
3. sanggup pakai 2 3 hp sebab nak pastikan ada talian hayat yang lain.(when kredit habis)
4.nangis seminggu sampai 1 rumah sewa tahu yang ada konflik ngan mamat nii..
4.ta makan ta apa asalkan dapat bergayut (sebab dia jauh)
5.ponteng kelas sebab sematamata nak jumpa dia harini, esok dan lusa
6.sayang punya pasal, sanggup maki hamun sesape yang gatal sangat nak kacau2
7. buat status relationship married kat fb
8.Sanggup kutip no hp kawankawan dia,(senang nak kejutkan bangun pagi)
9.kunci jam pukul 5.30 (kejut bangun pagi, sbb dia susah bangun)
10. ta keluar kalau dia ta izinkan (bajet isteri yang baik)
11.bila g karokeh je, sanggup ulang lagu yang sama and tiapkali nyanyi lagu tu, koll dia supaya dia terasa macam lagu tu khas untuk dia (walhal memang untuk dia pun)
12. post kat wall je cakap “iloveyou saying, you are the best creature ive ever had in my life”
13. asal sms je cakap ‘iloveyou , imissyou, “
14.when jumpa musti nak majuk sebab nak dia pujuk, sebab suka nada dia pujuk,..
15.ta sampai hati nak kecewakan dia sebab teringat pernah buat dia menangis (tapi last last aku yang dikecewakan)


Banyak lagi tapi ni yang mampu aku sediakan buat masa ni, tan sanggup nak kenang balik semua tu tapi bila terdengar lagu tu tadi, terbayang semua kenangan tu,…tapi apepun, hadapi semuanya dengan senyuman, selagi mampu :)


Betul apa  yang newboyz cakap “siasia saja pengorbanan dan kesetiaan ku ini
Betul apa yang awie cakap “kenangan itu, hanya mainan bagimu..
Betul apa yang ezad lazim cakap “siasia saja, percintaan ini, ta bisa sampai kepuncaknyaa
Walau pun aku bercakap macam ruth sahanayakau lah segalanya untukku, kaulah curahan hati ini
Tapi sekarang aku cumaa boleh cakap macam afganterima kasih cinta atas segalanya
Dan bila satu hari nanti kau ingin kembali, aku akan cakap macam macam zamani, “tak mungkin ku berpaling
Dan saat itu aku akan bercakap seperti satu band ni (lupa nama dia)im sorry say good bye sayang

Terima kasih atas segalanya, kenangan pahit dan manis itu , serta semua yang pernah aku lalui bersama kamu, terima kasih capital M  

Friday 25 November 2011

BELEKBERI a.k.a BARBARA

Aku ta ingat berapa haribulan aku beli belekberi aku ni, tapi aku adalah belekberi addicted ..                                                                                                                                  bayangkan aku mampu duduk dekat satu tempat tu berjamjam lamanya asalkan aku ada belekberi disisi tapi dipengaruhi oleh beberapa factor lahh kan.. ( battery musti penuh lahh, bis musti on dan yang paling penting kena ada line EDGE )

Salah satu hobi aku sejak ada Barbara ni aku suka belikan dia baju… (casing or silicon ). Kekadang aku rasa baju dia agy banyak dari baju aku,.. hahaha ta percaya? Terpulang,..
antara baju barbara yang aku dah belikan

Sampai aku ni terfikir yang aku yan belikan almari untuk  baju Barbara aku ni,…
Sebenarnya aku ada hampon lain, ( norkiah, Sonia,) tapi aku lebih tertarik kepada kecanggihan dan kebolehan Barbara menambat hati aku ni,.. heheheh entah ape mandrem yang Barbara ni dah tiup pada aku,..

Aku sanggup berhabis duit, aku sanggup ta makan sematamata untuk mengaktipkan Barbara aku ni, bayangkan lah betapa aku sayangkan dia,. Aku boleh duduk dalam bilik satu hari sebab Barbara aku yang tersayang ni,..

Kekadang membemembe yang lain pun bengang jugak ngan aku sebab aku  ta hirau apa yang diorang sampaikan kat aku, sebab terlalu focus ngan Barbara…

I can be a good mummy what? Hahaah aku berkorban apa saja demi Barbara, kekadang dia tidur sebelah aku and kawan yang lain tidur kat lantai je,..kawan yang lain mana ada baju,… kawan yang lain ta kisah time hujan pun still sms, tapi kalau baby Barbara aku, siap bawak plastic kemana sahaja,

Ye lah sebab nanti kena hujan, demam plak Barbara aku,.. ingat murah ke beli tu? Ingat senang nak dapat ke? Memang aku belajar erti menghargai lah sejak ada baby Barbara ni kan,…
Barbara bergambar bersama sebahagian dari bajunya :) 

Dari Barbara ni jugak lah aku kenal ramai kenalan,.. banyak sangat sampai ta larat nak senaraikan, haha ( perlu ke senaraikan?? ) sebab tu aku terhutang ckit lah kat dia ni,.. tapi sebenarnya kat teknologi yang semakin berkembang pesat ni,.. kan?

Tapi tu lah, kalau aku ni jadi norkiah and Sonia pun, aku belasah belasah si Barbara ni sebab sekelip mata je tuan berubah daripada dulu saying and ditatang bagai minyak yang penuh tpi sekarang, wat buduh je.. hahaha sabar lah ye,..

Ape pun, aku nak ucapkan terima kasih yang ta terhingga sebab mencipta belekberi ni, walaupun aku punya belekberi ni agak ketinggalan zaman dan sangat lame, tapi dia banyak berjasa kepada aku,.. hahahh

Oklah awak awak sekalian, saya rasa saya patut tidur sebab dari pun dah lewat malam walau pun sebenarnye ta berapa nak lewat J

Papai uolss JJJ

KEHIDUPAN SELEPAS~

Mesti ramai yang tertanyetanye kehidupan aku lepas berpisah ngan hamba ALLAH tu kan? Aku sendiri ta tahu ape yang jadi kat aku, tapi masa tu Alhamdulillah ada sorang hamba ALLAH ni dating dan cuba pujuk aku.. haha dia memang the best sebab datang pada masa yang sesuailahh.. 

bayangkan ye daripada aku yang duduk rumah dan ta tahu apaapa, lepas perpisahan itum aku serabut.. lebih serabut dari yang biasa, hahha

Tarikh 18 ogos 2011 aku buat perangai gila.. aku ta tahu lah orang pernah buat atau tak tapi aku tanye kat abang bas tu, aku cakap, “abang, saya nak ikut trip bas ni boleh tak? Saya tak mahu turun ke manamana..”
Kesian abang bawak bas tu sebab pening kepala ngan perangai aku.. dia sendiri garu kepala ngan pangai aku ni…hahaha apelagi yang mampu aku cakapkan? Ape lagi yang mampu aku buat? Aku bukan jenis pompuan yang tahu umah laki tu, tahu dia kat mana, lepas tu datang menjejak dia kat sana ataupun datang merayurayu supaya dia balik kat aku..

Aku lebih sanggup merelakan perpisahan daripada aku bersungguhsungguh mempertahankan hubungan kami tapi hati dia taka da pada aku…(time nia aku teringat dia, ya ALLAH ikhlaskan aku melepaskan dia ..)
Abang tu tahu yang aku serabut pasal benda lain, aku tipu dia aku ca kap aku serabut sebab kerjakerja kolej aku, tapi dia cakap, “adik, kita tahu masalah org tu dari riak  muka..kalau ada masalah problem, share lahh.. “

Masa tu 18 hari puasa dahh,.. aku mula seronok ikut trip bas.. bayangkan lahh.. aku boleh ikut 2 hingga 3 trip bas satu hari.. sebab apa? Sebab aku fikir walaupun aku lalu tempat yang sama setiapkali tapi orang yang ada kat tempat tu berbeza taw.. tak percaya? Buat lahh J

Sejak tu jugak aku suka sembang ngan abangabang and pakcikpakcik bas rapid kl… dari situ aku tahu erti hidup, aku tahu banyak benda dari seremehremeh benda sampai pilihan paling besar dalam hidup nii…
“barang yang lepas jangan dikenang, biarlah ia terus menjadi kenangan”
Hehee, tetibe terasa bosan plak, baru siang tadi aku mengupdate blog kan? Ni entry yang ke berapa aku pun ta tahu tapi apa yang aku tahu ialah aku nak buat sampai blog ni jadi cantik, cute, comel, secantik tuannya.. (sila muntah ye awak awak J)

Haha entry ni ta ada tajuk pun..Cuma nak imbas balik apa yang terjadi sebelum sebelum ni, banyakbenda yang terjadi sebelum ni… so nak bukukan memang takkan ada yang beli pun,… hahah lagipun cik donut ni bukannye famous mana pun kann….
Memang hidup ni banyak cabaran sampai cik donut faham erti hidup, mengerti makna kehidupan, susah payah, liku liku, perit jerih kehidupan dan yang paling penting, mengenal ragam dan perangai manusia…

Apa yang cik donut tahu, apa yang cik donut faham dan mengerti , dikutip dari pengalaman, cerita dari setiap orang,.. banyak benda, kadangkadang makcik sapu sampah pun ada berkongsi cerita…

Kalau awak awak semua nak tahu, (awak awak maksudnya kalian semua ya, bukan awakawak yang kat laut tu) cik donut rasa since raya harituu, memang banyak benda mengejutkan datang dalam hidup cik donut ! terlalu lalu lalu banyak, sampai cik donut ta tahu nak cakap apa, sampaikan satu tahap tu cik donut sendiri ta tahu nak pilih apa,..bayangkan betapa banyak benda yang menekejutkan datang…

Tapi biarlah dulu, lau nak cerita dalam entry ni, memang panjang sangat nanti,…so biar cik donut fikirkan apa cerita yang nak disampaikan dan tajuktajuknya… J

Sehingga berjumpa di entry yang seterusnya ya, J assalamualaikum dan bubbye~

Assalamualaikumm~

Since mula nak berjinakjinak ngan belog ni, cubaan ni merupakan cubaan ketiga dan juga merupakan belog ketiga cik donut ni haa… blog sebelum ni, bukan ta  berjaya tapi ta menjadi pun,.. hahaha ta pandai  pulop cara nak menghiasnye haa,… ni buat agy sekali sebab nak bagi tahu sikitsikit kot…

“dengan ini, cik donut ingin mengumumkan pembukaan blog baru cik donut dan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya selaku owner bagi blog ini merasmikan pelancaran blog terbaru saya,,… hehe” cheewah !! ayat macam nak rasmikan kedai baru plak !

Anyway, kekadang jeles tengok blog orang cantikcantik ni,. Tapi nak uat blog sendiri yang cantikcantik ni cik donut ta pandaii,.. ouh ya!! Biar cik donut cerita mana dapat nama CIK DONUT , hehe

Masa sekolah dulu lahh, ada sorang cikgu ni kitorang sekelas panggil dia mak ! (nama dia mazlifah bte mahadzir) guru kelas kitorang, masa pertama kali dia masuk kelas tu, dia kata pipi cik donut nu macam DONUT ! and dia  pun dah lama ta  makan donut, so dari situ dapat nama cik donut…(well,I miss u mak)

Jadi, mulai ngan arini, cik donut akan cuba menjadikan blog ini berjaya dan menghiasnye dengan lebih cantik, tinggi daya kreativiti dan apeape lai lahh… hehehe