Daisypath Anniversary tickers

Saturday 22 April 2017

In the middle of 2017



Post pertama 2017 baru nak post pada 22 April 2017? Aku takdak masa nak bukak mendek alah ni. Kalau pun bukak, tak tahu nak cerita apa. Blog ni macam menunggu masa untuk di deactive kan ja. Tapi takpa kot kan. Bukan untung apa pun simpan bnd ni. Bukan rugi apa pun kalau buang benda ni. Literally aku bukanlah seorang yg beriya2 sgt nak hapdet memende blog ni. Dah mende ada, guna je lah platform apa pun yg ada. Okey so entry pertama, terima kasih sapa yg rajin gila baca smpi sini. (Sbb aku tahu ada org stalk blog aku) hahahah 

-Syafa22apr-


Sunday 16 November 2014

Sizzling Yee Mee , Food Court Berjaya Times Square

Well hello everybody... hari Sabtu bersamaan 15 September 2014 yang lalu,
Aku dengan Alia (adik aku num Satu Dua Tiga Empat, haaaa Tiga) telah pergi berjalanjalan di Berjaya Times Square. Maka kami pergi bjalan dengan niat nak g makan. Mostly yg nak g makan tu, AKU (hahahahaahh tutup muka)

Maka dengan gigih aku n Alia pun pegi lah menaiki bas untuk ke Times Square. Sesampainya disana, kami jadik blur pasal xtahu nak g mana . So aku decide nak g food court nk tgok apa ada.

Lpas da sampai, kami topap kad food court tuu, senang nk bayo.. and masuk.. lepas 3 kali pusing kami decide nak makan sizzling yee mee kat situ. Aku dah cuak dah, cuak xsdap je.. tapi bau dia membuatkan aku yakin.. sdap punya hahahaha...

Lpas da dapat tu kami start makan. Ya Allah, memang sedap gila ! Nd kuantiti dia sgt banyak ! Aku mntak tolong Alia habiskan lagi.. perut aku yg mcm tong nii,boleh xhabis mkn tu. Dpt bayangkan? Berapa banyak? Kalau xleh, g tgok gambo. Hahahaha.. ayam dia n kuah dia pun banyakk.. duh ! (Lapar balik dah ni) dengan harga Rm8.50 bleh dapat semangkuk (eh mangkuk??) Ah papelahh... haaa satu Sizzling Yee Mee tu. Fuhhh btolbtol buat aku rasa nak repeat.

Ok xmau cerita banyak, lusa nak g. Hehehe okbaiii *sambung tengok gamba makanan*

KIDZ AND CREME SETIA ALAM by Aaron Aziz

Hello everybody.. sekarang baru ada kelapangan nak tulis entry ini.. wah wah wah *sambil geleng kepala* menipu sangat. Ok maafkan aku ye. Entry kali ini membawa aku menjelajah ke hujung Shah Alam yakni Setia Alam.. not that far from Shah Alam tapi dia Shah Alam. Paham?

Kali ni aku nk bawak korang ke Kidz And Creme dekat dengan Setia City Mall Shah Alam tuuu. Semorang pun tahu yg kedai ni dibuka oleh salah sorg pelakon terkenal tanah air iaitu Aaron Aziz. But masa aku pegi tu, beliau xda. *sigh*

Ok, sebaik sampai ke kedai dia, time tu hujan mcm nak gila lebat nya..  kami pun lapar tahap Subhanallah xterkata laa.. maha hebat punya lapar, lepas belarilari anak masuk situ, kami pun di serve oleh salah sorang pekerja dia. (Kalau Aaron Aziz or Diyana Halik baca post ni, nk bgtahu yg... budak perempuan tu bagus kerjanya. NORA bagi empat bintang ) dia bgtahu apa yg sdap and cadangkan makanan kat situ..  then kami pun order lahhh ,

Kak Nurul order :-
   Aglio Olio Seafood , Ice lemon Tea and Nutella Cheese Tart, Chicken Wings

And Aku plak :-
  Steak Burger, Strawberry Yogurt (wrong combination by me) and kek cekelat yg atas dia ada ice crem tu (xingat nama)

Untuk rating makanan dia.. so far, best pasal pasta dia sedap amd burger dia agak unik sebab dia guna roti croissane tu (betol ke ejaan tu?) And fries dia pun campur dgan keledek manis, so dia mmg sdap. Lagi aaa masa tu hujanhujan, perghhh layan !

Paling fevret aku Nutella Cheese Tart tu pasal rasa dia mmg umph ! Mmg best. Nak repeat amik, malu plak.. hahahaha
Lepas makan, sampai plak Chicken Wings.. whewww itu memang SEDAP ! sampai tegak jugak laaa duduk kat kerusi. Full punya pasal... hahaaa, so penat bebel n baca, skrg silakan menjamu mata dengan gambar MAKANAN...

Friday 14 November 2014

Boat Noodles @ Mee Sampan

Rabu 12/11/2014

Hari yang indah, pohonpohon melambai ditiup angin sepoisepoi bahasa, burungburung juga turut berkicauan..
Hahahahaha, aku dah janji dengan kak nurul untuk keluar but then kami pun xtahu nak g mana.
Mcm biasa lahh, kalau kami keluar memang kami akan g makan..
Just tempat je laa buat kitorg bgaduh hahaha
So, kami decide nak ke Boat Noodles yg bertempat di Damansara Perdana.
Whewww, dugaan wo nak g sana... (termasuk telajak, jem, sesat, parking n keluar balik sbb salah jalan) saboo jelah.
Lepas 2 jam kami pun jumpa lah tmpat tu.

Bila dah sampai, kami pun amik menu. But menu dia sangat simple pasai yg ada dlm tuu just 4 je makanan.
Ada Mee Dried 2 jenis and Mee Soup 2 jenis. Whewww
Semangat hati nak makan. Elok molek sampai je makanan kami, terus laju Allahummabariklana..... tak toleh lagi..

Tapi.....
Lepas je makanan tu menerjah ke rongga mulutku..
Ada mcm satu perasaan yg menggambarkan betapa aku xpandai makan dia.
Mungkin ada function laaa gula,sos ikan, herba ape tah tu untuk kasik lagi sedap. But as for me, dia buat aku kembang tekak. :(

Masuk mangkuk ke dua, aku dah hampir surrender. Hmmm, ada lagi 2 mangkuk.. fhewww tebayangbayang kesusahan nk datang tu. Kami pun telan je laaa,
Tapi sati bnd yg best kat situu, makan banyak mana pun, xdak sapa tkejut. Hahaa, pasai memang style makan bemangkukmangkuK. *Bukan makan mangkuk oke.*

So after habis je makan. Kami pun decide nk g jiran dia, wahahaha total makan kami 2 org is Rm22 rgt.
Oke lahh kan? Mee tu Rm1.90 semangkuk x 8 dah Rm15.20 then amik dessert dia Rm1  tuk satu set. *ada dua dlm set tu* and air soya dalam tin 2. Dengan harga tu, amatlah x membazir tetapi sangat tak berbaloi untuk org macam aku.

Tapi kene ingat, tekak setiap org itu kan berbeza.. mana lah tu masa korang pegi nanti, sedap ke.. mcmana ke.. kan?
So far pada aku, rate dia dalam 5 bintang, Nora kasik 2 bintang ! HAhahaha pasal suasana dia a bit oke.

Last but not least,kalau rasa kureng pcaya dengan citer aku, silalah menjejakkan kaki ke sana kat Publika pun ada satu. Haaaa cuba lahhh cuba...

Thursday 13 November 2014

JALANJALAN CARI MAKAN

Lama dah aku tak post.
Rasa nak aktif balik..
Tapi biasalaaa, hothot chicken shit je..
But then aku and kak nurul (kakak yg kenal dalan games) bersejuju (bersetuju) untuk menjadikan blig ni sebagai blog jenjalan makang sapai mapuh. Hahaha.
So, aku akan start mulakan ianya secepat mungkin.
Wiiiiii, nanti jangan lupa baca ploks.okey?
Bubbye gais ❤❤

Wednesday 4 September 2013

KEHADAPAN WANITA MUSLIMAH

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"

APA KHABAR JODOHKU :)

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, 

Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah.. berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…