Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 7 December 2011

Kehadapan my future husbands(s) , yg telah ditentukan ALLAH... (❤‿❤)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I.
Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I.
So, sila baca entri ni perlahan-lahan.
Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future husbands(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now.
But one day,insyaAllah, ( dengani izin ALLAH) bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya
seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya.
Lagi pun, I tahu yang I ni memang comel.
Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. ( msti korg sengih sorg2 bca ayat ni)

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang flirt-flirt kat facebook.
Sebab, setahu I, kalau lelaki tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia.
Macam lah dia sorang je yang comel.
I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak tangkap gambar dengan perempuan pegang sana sini. Malu I.
You pun tau kan, lelaki ni ibarat kereta Ferrari.
Bila baru beli,dan masih berbalut, ramai orang nak.
Tapi kalau dah tak berbalut, masih ada yang nak ,tapi chop second hand lah..
You pun tak nak kena chop kan??

Lagi pun, you tahu, tak ada perempuan kat dunia ni yang suka laki dia bekas orang,..

My future husbands(s),

I tak tahu pasal masa depan kita. I tak tahu berapa banyak duit yang u akan bagi pada I.
So, dengan kata lain,insya ALLAH I tak janji yang I takkan mintak rumah yang besar2 atau mahal2 dari U.
I juga tak berani janji yang I takkan minta 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang jujur ni.
Tapi kalau setakat kasi you 2 hingga 3 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you bg I bekerja. Tapi lagi bagus kalau you tak bagi I berkerja sebab I boleh jaga U dan anak-anak kita nanti.
I tau U tak mintak di layan bagai raja. Tapi kalau U balik dari kerja tu, I akan tanggalkan stokin U, urut bahu U, sediakan minum-minum U. Tapi kalau you tak nak I buat, tak apa.
senang sikit kerja I,tak pun kita ambil orang gaji,..kurang la sikit beban I. See? I memang prihatin. (¬_¬)

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah lelaki yang kaya,macho,hensem,pandai dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka.
Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu.
Sebab kalau di ikutkan, I tak suka lelaki yang sopan santun sangat.
Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan?
Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah.Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future husband (s),

You, I tau U harap I reti memasak. You pun mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau lelaki tak reti masak?
Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah.
Tapi jangan salahkan I kalau duit U tiap bulan tak cukup sebab hari-hari kita makan luar.. sebab dua-dua tak reti masak nak buat macam mana kan?
Okay tak-tak. I tak nak U tambah  2,3,4. Banyak sangat. I tahu U bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah.
You tau, air tangan masakan suami lah yang buat si isteri sayang selalu. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan?
Kalau setiap hari makan kat restoran, baik kita gaji makcik tu kerja dengan kita jer,..
Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu orang gaji,..(cukup 2) kan?  d(-_-)b

I harap you reti kawal diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak.
Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan girlfriend you.
Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua.
Girlfriend you tu bukan boleh percaya sangat.
Kebanyakkanya adalah penggoda. Sebab kalau dah perempuan, mesti pandai goda.
Girls, their mouth is bull****. So, don't trust them.


Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, I masak, U makan. U imam, I makmum.
U baca doa, I aminkan. I merajuk, U pujuk. Perfect, kan?
So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih lelaki lain.
You pun mesti tak nak jadi suami ke dua I kan.(janda)
so, terserahlah kat you olz.... (*^ -^*)
so, olz boyzz, pls, u should tke care urself for ur future wife!!


•.¸¸.•´¯`•..•´¯`.¸¸..
sincerely ~yOur fUtUre wIfe,..~

Tuesday 6 December 2011

Kepada Bf anak aku,


berikut ada beberapa syarat yang wajib dipatuhi untuk kamu berkawan dengan anak aku :) 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

Monday 5 December 2011

1ST TIME WAYANG~

Mesti ramai yang tertanye2 kenapa entry kali ni cik donut bagi tajuk ni? Ta kurang jugak yang fikir bukanbukan. Adik aku pun tanye kenapa 1st time wayang tajuk nyeee..

Cerghite nye bermula begini, isnin lepas, 1st disember, mase barubaru duit nak masuk, aku pun cadangcadang nak bawak adikadik tengok wayang (baikkan aku ni? Haha sila muntah hijau)

Then ditakdirkan tuhan, aku ta jadi pegi pun.. so esoknye bawak lah budakbudak tu pegi tengok wayang..mule lah dari rumah, pegi ni bukan main semangat adikadik aku ni,.. dalam bas ta payah cerite lah,…kitorang 3 beradik je yang bising, ye lah macam rapid kl tu bapak aku punye syarikat.. hahaha

Arakian, lepas tu, selamat lahh kami sampai ke taimsekuerr..punye lah teruja sampai aku ni ta perasan, aku pakai seliper buruk je (sangad sangad buruk kott) hahaha then aku pun naik lahh eskeletor. Jalan punya jalan punya jalan, sampai ke tempat yang dituju,.. yang kelakar  nye, orang yang keje kat GSC tu siap cakap ape taw.. “eh ! kakak ni !” dia plak yang teruja Nampak aku

Hahaa sebenarnye, memang patut dia teruja sbb aku dah datang semalamnye, masa 1st of disember tu siap buat movie marathon,.. tu yang dia teruje gilerr tu. Lepas tu aku pun beli ticket wayang lahh kan,.. beli 3, aku, adik aku yang num 3 tu and yang num 4.. sementara nak tunggu kul 12 cerite tu start, kami pun pi pusingpusing lahh kat taimsekuerr tu..

Adik aku yang kecik ni plak semangat dia lain macam, bila aku cakap ta jadi nak tengok wayang, dia dah tarik muka limeposen. Hahaha janga ta pecaye,tambah patposen je dah boleh naik bas taw ! (bas agy, hahaha)

Lepas tu tunggu punya tunggu sampai lah ke waktu suruh masuk tuu.. hehe ni yang teruja lebih ni, bayangkan yang tengok cerita tu Cuma seblas atau doblas prang je.. hahaha (3d kot, dapat ceghemin mate percumaa.. pinjam je sebenarnye)
adik aku yang no 4

Masa memula masuk  tu cerah agy lahm,,, then cari cari tempat duduk and kami pun duduk,… lepas tu, movie pun setart… memula nak tengok wayang kana da iklan yang berjelajela tu, ha adik aku yang kecik nil ah asyik tanye, “along, da start ke?” aku jawab belum. Dia pun tengok agy, sampai memula start cerita tu, dia tetibe cakap “along ! kuatnye suara dia, “ nada adik aku bercakap tu aku rasa lagi kuat dari sound movie tu sbb aku yakin sangat semorang dengar apa yang dia cakap..

Tergelakgelaka ku ngan adik aku tu,.. then dia pun diam je,.. focus tengok wayang.. tetibe je dia bersuara agy, “along along, nanti lepas habis wayang ni along pegi buka lampu erk? Gelap lah, adik tak Nampak nak jalan…” again aku tergelakgelak kat situ, mahu nye tak… dia ingat aku ke yang pegang remote sound wayang and jaga suis lampu?

Lepas tu aku buka popkon, nak makan la bajetbajet.. ape yang bagus kat adikadik aku ni, ape aku bagi dorang ambik,… ape aku bagi tanpa banyak cakap diorang makan,. So aku pun bagi arr popkon tu, yang num 3 tu makan kool je lahh, tetibe yang kecik tu amik, and cakap “eh dah dah.. tutup lah, bawak balik bagi ibuu..” haha

Gelak agy, aku  rasa kitorang gelak sebab adik aku tu je.. bukan sebab tengok wayang. Sampai kesudah, bila dah habis wayang tu tetibe lampu bukak sendiri, and kitorang pun keluar.. aku pun tanye lahh kat adik aku tu “ adik nak ikot agy ke lau along nak g tengok wayang?” dia angguk, macammacam cerita gak dia sebut, teruja ta hilang agy..

Da habis tu memasing pun lapa, aku cakap lahh, “jom along banje pi makan mekdo (mc Donald) “ depa pun suke lahh.. hahaha sesampai nye kat mekdo, beli lah mendemende and makan.. masa dalam perjalanan balik tu, ta habis habis dia bercerite pasal movie. Penat gak nak dengar, tapi layankan je, hujan plak that time. Hmm memang syok,..

Aku cakap ngan adikadik aku , lepas turun bas, lintas jalan and terus lari balik umah.. yang dia(kecik tu) ta sempatsempat terus mencicit berlarilari balik  rumah.. aku plak, enjoy the moment lahh main hujan.. tapi aku rasa memang  itu lah bende paling kelakar yang berlaku sepanjangpanjang aku kenal wayang ni.. hahaha
Dah dah, lain kali lah sambung entry merepek aku ni.. bubbye uolss, got to go,

Assalamualaikummmmm J

JJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJJ