Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 4 September 2013

KEHADAPAN WANITA MUSLIMAH

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau
bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang
dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang
akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat
dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda
yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya
Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup
dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga
sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat
hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang
belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika
ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab
dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang
memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,
kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"

APA KHABAR JODOHKU :)

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, 

Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah.. berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Thursday 22 August 2013

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
02 Januari 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Jenab binti Jaksin yang merupakan setiausaha saya di pejabat.  Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki


Thursday 18 July 2013



9ciri wanita idaman...










Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain














Agak agak, aku ni ada ke sifat macam ni?









Friday 21 June 2013

IZINKAN AKU

Izinkan aku...
Terus mengenali engkau..
Izinkan aku...
Terus sukakan engkau..
Izinkan aku...
Terus cintakan engkau..

Biar tak siapa tahu..
Biar tak siapa ambil tahu..
Juga biar lahh ta siapa yg mengerti..
Ape sebab musabab..
apa punca atau apa jua definisinya..

Kerana aku mahukan..
Cinta kerana Allah..
Cinta yang ta perlu di uar uarkan..
Biarkan Allah yg tahu..
Biarkan hanya Allah yg mengerti..
Biarkan juga,
 cuma Allah yg memahami..
Menemani, 
melihat, 
semuanya aku adaptasi dari cerita kita..

Telah aku panjatkan doa..
Telah aku himpunkan harapan..
Telah aku bukakan seluasnya..
Pintu hati..
Untuk kau..
Hanya kau..
Ya--
cuma engkau..

Mimpi aku..
Allah satukan kita...
Mungkin tidak disini..
Tapi di sana nanti..

Harap aku..
Ketika aku duduk menghadapnya..
Doa yg aku panjatkan..
Bakal dikabul..
Bakal dipermudah..
Bakal dipenuhi..
Satukan kami, kerana cinta aku kepadamu..
Adalah kerana ALLAH.

Tidak keterlaluan mungkin..
Aku bangkitkan..
Ya aku rindukan kau..
Ketika insan lain meminta aku..
Bersama yg lain..
Ketika yg lain meminta aku..
Meluahkan segalanya..
Aku pilih untuk diam..

Kerana aku takut..
Takut Allah akan kurangkan rasa cinta,
Takut Allah akan kurangkan rasa sayang,
takut Allah akan kurangkan rasa rindu aku..
Pada kau..

Biarlahh Allah pelihara..
Biarlah Allah jaga..
Biarlah Allah je yg tahu..
Cinta aku pada kau..

Dan izinkan aku..
Terus memelihara rasa ini,..
Hingga selama mana aku mampu bertahan..

Semoga engkau orang yg tepat..
Semoga rasa ini juga rasa engkau..
Semoga kau sentiasa baikbaik wahai kekasih..

Tuesday 18 June 2013

Ngarut aaa ngarut

Citer buat kueh raya~

Datang tempat keje, bagi salam..
Masok aaa tgu ape agy?
pahtu, setel newspaper,coklat,kuih,serbuk, and many moree...
Dok aaaa layan menggentel kueh..

Lama skit--
pasang radio..
Bosang nak mati,...
Tak paneh aaa..
Pahtuu plok, kuar arr penyampai radio yg bebelbebel tuu..
Layankan je lahh jang oi...

Tetibe tibe--
" tika begini tercaricari sebuah cinta hilang,.. "
Me and mam boss, TERSENTAK 
Sesama jerit plakk..
" aduh ! Menusuk "

Memang menyentapkan hati dan perasaan bhaii..
Aku plak mmg jiwang karat..
Mam boss plak kata, lagu zamanzaman hangat bercinta dengan boss.
Hahaha kami gelak sesame.

Huwatdahek laaa lagu menggamit memory,
Ex wa bagi dulu..
Memey aaaa sentap...
Lepas tu... keadaan kembali sunyi..
Memasing layan fikirang memasing..
Aku sedosedo je, dah kul 2.

sonok plak keje arini..
Rasa kejap je. Hahaha 
Dahdah, cerita mengarut aku pun org nk baca..

Saturday 15 June 2013

Kekasih halal...

Selalu dan senantiasa..
Ta pernah skali aku terlupa..
Walau sehari bahkan sedetik...
Ianya selalu dan sentiasa...

Aku berdoa, 
Allah akan makbulkan..
Apa yy aku mohon..
Ape yg aku mintak..
Ape yg aku doa..

Selalu dan sentiasa..
Inginkan dia menjadi kekasih halal..
Menjadi imam juga ketua..
Yang mampu menerima aku apa adanya..
Yang mampu menjaga dan memimpin aku..
Berada benar dijalan Allah..
Membawa ke syurga Allah..

Jannah--
Itu matlamat..
Kekasih halal--
Itu juga impian..

Allah, 
Untuk kali ini aku memohon..
AKu ingin memilikinya..
Didunia dan akhirat..
Aku inginkan dia..
Hanya KAU yg tahu..
Faham..
Mengerti..

Apa yg berad jauhh...
Jauhh didalam lubuk hati...
Dan juga fikiran aku...
Aku cuma inginkan dia..

Ya Allah,
Andai benar dia tercipta untukku..
Kau kuatkanlahh jodoh kami..
Kau dekatkanlah hati kami..
Kau tetapkanlah iman kami..

Tapi--
Andai dia bukan imamku..
Kau jauhkan lah dia dariku...
Kau jauhkan lahh hati kami..
Kerana sesungguhnya..
Aku sakit bila menyintainya..
Aku sakit bila memandangnya..
Aku sakit bila mengetahui...
Dia hanya mengagumi insan lain..
Yg pastinya lebih segalanya dariku..

Kau kuatkanlahh aku..
Kau tabahkanlahh aku..
Kerana aku...
Sesungguhnya dan sekuatnya..
Inginkan dia..

Menjadi yang halal buatku.
Aminn
Aminn ya rabbal alamin.

KASIH SAYANG VS BENCI

Balah

Andai satu hari..

Kau dan aku berbalah..
masihkah kau mahu terus..
Berada dekat dengan aku..
Berada selalu dengan aku..
Berada selalu untuk aku..

Bisakah engkau terus..
Berdiri untuk aku..
Berdiri dengan aku..

Marilah...
Kita balik pada Allah..
Kita lihat semula pada Allah..
Kerana Dia
Untuk kita..

ALLAH. 
AKu minta..
Hapuskan perbalahan ini..
Izinkan...
Kami terus menyebar kasih sayang

Perbalahan itu...
Tidak membawa keuntungan...
Pada aku..
Pada dia..
Juga pada sesiapa..

KELUARGA

Dia yg selalu ada..
Dia yg sentiasa ada..
Dia yg tak pernah hilang...
Siapa? 

Anugerah Allah tidak ternilai..
Sementara didunia..
Sementara masih diberi nafas..
Sementara masih ada peluang untuk kita bernafas..

Syukurlahh mereka ada..
Itulah KELUARGA..
Mungkin,
Hari ini tidak sependapat..
Hari ini tidak sepahaman..
Hari ini tidak sehaluan..

Tapi berfikirkah kamu walau sejenak..
Siapa yg kamu ajak bermain ketika waktu kecilmu..
Siapa yg ada dipagi raya bersama kamu menyambut kemenangan bersama..
Siapa yg utuh,kekal,tetap dan tegar membela kamu ketika manusia lain...
Sedang sibuk menuding ke arah kamu?

Keluarga..
Alhamdulillah ya Allah..
Aku masih punya mereka..
Tatkala ada yg keseorangan..
Tatkala ada yg kesepian..
Aku yakin..
Aku punya mereka..
KELUARGA.

MAHUNYA AKU

Aku nak itu..
Aku nak ini..
Kau--
iyakan saja
Berikan saja
Ok kan saja
Anggukkan saja

Semua kerana aku
Apa saja mahuku
kerana yg meminta itu aku.

Sebenarnya..
Satu yg aku mahu..
Satu yg aku buru..
Satu yg aku tuju..

Kau--
cuma itu..
Mahuku

KATA

Kata..

Katanya..
Mahu yg terbaik..
Segalanya..
Semuanya..
Seluruhnya..
Terbaik--

kata kita..
Nantilah..
Tengoklahh..
Fikir dulu lahh..
Sekali tidak..
Tak melawan..
Sekali tidak..
Tak membantah..

Tidak diminta..
Barang sedikit..
Walau secalit..
Barang secoet..

Cukuplahh..
Sekadar...
Mendengar..
Listen..listen.. dan listen..

Dengarlahh..
Pahamilah..
Katanya..

KATA DIA...


Kata dia..
Betapa lelahnya mengerti..
Betapa lelahnha memahami..
Betapa lelahnya mencintai..
Betapa lelahnya merindui..

Tiada balasan..

Kata dia..
Andai disetiap kali ada itu 
Hanya kerana kasihan..
Hanya kerana kebosanan..
Hanya kerana arahan..

Jujur--
itu hanya meranapkan..
Itu hanya menghancurkan..
Itu hanya meluluhkan..
Aku..
Hati aku..
Dan sebenarnya..
Rasa aku..


Kata dia..
Adalah aku..
Maafkan saya

Maafkan saya..
Andai apa yg dikata..
Andai apa yg ditutur..
Andai apa yg dibahasakan..
Andai apa yg di bicarakan..
Andai apa yg diutarakan..

Tidak  elok..
Tidak bagus..
Tidak baik..
Tidak sedap didengar..
Juga,
Tidak perlu untuk keluar..

Tapi percayalah..
Ini..
Itu..
Juga yg lain..
Keluar semuanya..
Bukan sematamata buta..
Tapi hati..

PESTAIM (First Time)

Pertama kali

Pestaim tengok..
Pestaim cakap..
Pestaim gurau..
Pestaim gaduh..
Persaim berbalah..

Semuanya pestaim and menjadikan ianya one step ehead..
For the next time..
Sumpah. Lillah.
Aku ta menyangka yang akan sampai ke tahap yang jauh sepeti ini..
Aku tahu...
Pestaim itu yg membawa kita
Pergi lebih jauh
Bahkan lebih jauh meninggalkan pestaim itu..
Ye..
Aku mengerti..
Tanpa pertama kali itu..
Semuanya takkan bermula


Sekarang--

Semua da to many time..
Gaduh..
Tengok..
Cakap..
Sembang..
Berbalah...

Aku..kau.
Dan takdir Allah...

Terima kasih atas pertama kali itu..

Jujurnya...
Hingga ke detik ini...
Aku juga masih mencari..
Aku juga masih cuba mengerti...
Aku juga masih ingin mengenali..
Aku juga masih sedang memahami..

Apa yg aku tahu...

Aku suka..
Aku sayang..
Aku cinta..
Aku tunggu..

Sampai masa... 
Semuanya akan bermula balik..
Seperti pestaim aku kenal kau..
Seperti pestaim aku tengok kau..
Tapi dalam situasi berbeza..
Waktu berbeza..
Status berbeza..
Baik... mahupun buruk akhirnya...

aku bersyukur..
Atas pertama kalinyaa itu.

CUKUP

Indah..
Disetiap adanya engkau..
Disetiap hadirnya engkau..
Disetiap munculnya engkau..

Segala tutur bicara..
Segala semua kata2 ..

Menjadi suatu yg indah..
Buat aku..
Untuk aku..
Masih,untuk aku..
Jatuh bangun aku..
Susah senang aku..
Gembira sedih aku..
Cukup adanya engkau..

Indah semuanya

KENANGAN

Dulu..
semalam..
hari ini..
sekarang..
dan esok.. 

semuanya akan menjadi kenangan buat kita satu hari nanti..

Tak kira mcmana kita lalui..
Macammana kita harungi..
Bagaimana kita tempuhi..
Semua kenangan kita akan sentiasa..selalu dan takkan dilupakan..

Walau teruknya aku..
Walau bodohnya aku..
Walau hodohnya aku..
Walau jeliknya aku..

Sekali--
tak pernah kau merungut..
Tak pernah kau bersungut..
Hanya kerana itu...
Janji sedap mata memandang..
Memadai..
Mencukupi..
Melebihi.. ape yg diperlukan..

Cukup.. 
Aku tahu kau lebih dr org lain..
Kerana kenangan kita..
Kerana pengalaman kita..
Kerana kita..

Aku bahagia...
Dengan kenangan ini...

TERIMA KASIHH

Terima kasih...
Kerana selalu mendengar..
Kerana selalu hadir..
Kerana selalu ada...
Kerana selalu berkongsi..
Juga selalu memahami..

Tidak pernah berkata tidak..
Tidak pernah sekali menolak..
Jauh sekali untuk membentak...

Terima kasih disetiap kali ada..
Terima kasih disetiap kali hadir..
Hanya kau..
Cuma engkau..
Itu yg aku nak..

Thursday 21 February 2013

KELEBIHAN SOLAT DI AWAL WAKTU :)


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsKFa4TAe-BrSSoNb9zd07E5hwLaZrBuXUGy5t4xlFHU-aUfkP8iI0ZjqydsYzxdX958m1aljAge9XEeTvuDly1_IcqeJfc7kcJL9FCWomWxxI4PfHh92GGCI37pRI4mqJWllBTly92YE/s320/tidursubuh.jpg

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibqEYl86nI6UPcg-SmJeiGpLyZTPUapZtxG9cY_2pHmWKUHFxUUbYfrLD-mxjDJRHDRA4jV9zJVdItUlD7slvNjYOKKfw4dsgHgjGB5Ub3vDFCny7cRZAn2i6KPqUhuRabF-dw-eRfCiA/s320/solat-dan-doa.jpg

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSVOzaGC_UDgpZ51MwnARjHIEFTyJHJNfSLQ6p0sP5AIZz9CWLAXUV4hGCoRKvhXUcYRqlmHbeqOISOHlyRQkKEtTiqMbWpHLLjCsiyl4c-Sip8RKcZOZc_AELbCHrsfRDi4cMM4B3VAA/s1600/images.jpg

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtnNbJ0sRuD9mT-MnoSAKRhrOJ9chtW8VbdeoQnBhqPAwKLo1HYw6ilulBtfsmVhrk0-pcgTLrkJmbM-5EMfG2XOEuxcDH5FCBhtP8Ap68V5O2XFJBaBBau3dZw7XqBGNoTFMtsJ9RVxQ/s320/solat.jpg

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya





Wednesday 20 February 2013

Anggota Badan bergerak-gerak ?

Pernah tak berlaku pada anda? Anggota badan bergerak-gerak?Gerakan badan yang berlaku secara tiba2 pada bahagian tubuh badan kita mungkin membawa makna atau petanda yang trsndiri seperti yang ditafsirkan oleh orang dahulu kala..apapun ini hanya sekadar berkongsi pengetahuan..















25 Kelebihan Wanita Solehah

WANITA SOLEHAH adalah menjadi idaman banyak wanita diluar sana, sebagaimana yang kita tahu, Allah menjanjikan GANJARAN yang BESAR malahan SANGAT BESAR dan kelebihan yang sangam membahagiakan kepada wanitawanita solehah diluar sana.

























Sunday 17 February 2013


Assalamualaikum J

Dah lama cik donut ta hapdet belog ni, pahamtak yang cik donut ni terlalu lalu lalu lah bz nyee... cik donut windu cangat (gedik sial) nak hapdet belog nii,... ape khabar semorang? Harini bersamaan 17 february 2013 genaplah 21 tahun cik donut yang comel molek ni hidup J syukur ke hadrat ilahi sebab banyak jugak sebenarnya orang yang wish. Syukurlah ada yang masih ingat bufday cik donut J sedang sejujurnya cik donut sendiri nak skip dan xnak ingat tarikh ni sebab tade benda yang happy pun, langsung ta ada L ta apa lhaa, nanti lain kali hapdet lain pulak okey, sampai sini je entry kali ni,.. papai