Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
02 Januari 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya
ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan
ini buat masa ini ialah Cik Jenab binti Jaksin yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang
beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah
lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,
terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa
keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat
mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya
semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang
ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang.
Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai
besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah
bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama
insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan
permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki
sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat
yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan
memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada
hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan
terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya
ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya
lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah
senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini.
Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas
kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap
urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA
BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki