Daisypath Anniversary tickers

Friday 25 November 2011


KEHIDUPAN SELEPAS~

Mesti ramai yang tertanyetanye kehidupan aku lepas berpisah ngan hamba ALLAH tu kan? Aku sendiri ta tahu ape yang jadi kat aku, tapi masa tu Alhamdulillah ada sorang hamba ALLAH ni dating dan cuba pujuk aku.. haha dia memang the best sebab datang pada masa yang sesuailahh.. 

bayangkan ye daripada aku yang duduk rumah dan ta tahu apaapa, lepas perpisahan itum aku serabut.. lebih serabut dari yang biasa, hahha

Tarikh 18 ogos 2011 aku buat perangai gila.. aku ta tahu lah orang pernah buat atau tak tapi aku tanye kat abang bas tu, aku cakap, “abang, saya nak ikut trip bas ni boleh tak? Saya tak mahu turun ke manamana..”
Kesian abang bawak bas tu sebab pening kepala ngan perangai aku.. dia sendiri garu kepala ngan pangai aku ni…hahaha apelagi yang mampu aku cakapkan? Ape lagi yang mampu aku buat? Aku bukan jenis pompuan yang tahu umah laki tu, tahu dia kat mana, lepas tu datang menjejak dia kat sana ataupun datang merayurayu supaya dia balik kat aku..

Aku lebih sanggup merelakan perpisahan daripada aku bersungguhsungguh mempertahankan hubungan kami tapi hati dia taka da pada aku…(time nia aku teringat dia, ya ALLAH ikhlaskan aku melepaskan dia ..)
Abang tu tahu yang aku serabut pasal benda lain, aku tipu dia aku ca kap aku serabut sebab kerjakerja kolej aku, tapi dia cakap, “adik, kita tahu masalah org tu dari riak  muka..kalau ada masalah problem, share lahh.. “

Masa tu 18 hari puasa dahh,.. aku mula seronok ikut trip bas.. bayangkan lahh.. aku boleh ikut 2 hingga 3 trip bas satu hari.. sebab apa? Sebab aku fikir walaupun aku lalu tempat yang sama setiapkali tapi orang yang ada kat tempat tu berbeza taw.. tak percaya? Buat lahh J

Sejak tu jugak aku suka sembang ngan abangabang and pakcikpakcik bas rapid kl… dari situ aku tahu erti hidup, aku tahu banyak benda dari seremehremeh benda sampai pilihan paling besar dalam hidup nii…

No comments:

Post a Comment