Daisypath Anniversary tickers

Sunday 27 November 2011

HARIMAU MUDA TETAP DIHATII~

(NEVER GIVE UP AND JANGAN TERLALU YAKIN..)

Kenapa tajuk entry ni mcm tu ye? Terasa macam nak bercerita pasal bola pulak,.. baru je beberapa jam yang lepas. Pasukan HARIMAU MUDA kalah ngan pasukan Bahrain,..

Apa yang aku nak cakpkan kat sini, aku bukan nak mengutuk tapi aku nak cakap pasal never give up and jangan terlalu yakin ni,…

Masa mulamula kita main tadi, BEST sangat!! Yang tengah mandi pun saggup mandi kerbau semata mata nak tengok bola.. tapi apakan daya, nak buat macam mana kan? Kita kena redha dengan ketentuan ALLAH kan…

Sama jugak dalam kehidupan kita, jangn terlalu yakin (over kompiden) dan jangan mudah atau cepat berputus asa,… ta payah bagi contoh lainlah kan,.. rakyat Malaysia yang sokong bola ni, bila pasukan kita dapat jaringkan gol yang kedua tadi, fuh !!! dah yakin sangat dah ni Malaysia boleh kalahkan Bahrain …

(ta yah pandang jauhjauh, aku pun same) tapi tengok apa yang jadi? Bahrain dapat 3 gol kurang dari 10 minit,…. Lepas tu, ramai lah yang nak cemuh, kutuk, hina pasukan Malaysia,.. lepas pada tu, kita pun dah give up kat pasukan bola kita,.. why not lah kan, kita same2 bagi semangat supaya di masa akan datang, mereka dapat rasakan kasih sayang,cinta kita terhadap sukan ni,… jadi bila kasih sayang tu sampai ke hati mereka, mereka akan berusaha bersungguhsungguh..
Malaysia Boleh !!
barisan pemain yang telah mengharumkan nama malaysia di Suka SEA yang lalu 

Ingat lagi masa Malaysia kalahkan Indonesia malam tu? Sungguh aku ckp yang aku sendiri dapat rasakan yang kita sesame rakyat Malaysia ni bersatu,.. benarlah apa yang orang cakap, bola sepak ni mampu menyatukan 1 negara,.. buktinya, anda semua dah saksikan,…

Malam kita menang tu, pasukan kita bermatimatian melawan garuda, aku bersyukur sangat sebab aku sendiri dapat rasakan kasih sayang dari Malaysia ni sampai ke Gelora Bung Karno tu,.,. seikhlas hati aku cakap, that time memang best sangatsangat sebab kita bersatu samesame, ta ada percanggahan pendapat atau taraf beza, semua berkumpul di bawah satu sukan, dan samesame memberi semangat,..

Aku sangat berbangga dengan rakyat Malaysia J
Jadi ingatlah, apa yang mesti kita tanamkan dalam hati kita, rasa cinta, kasih sayang yang tak berbelah bagi,.. jangan jadi penyokong yang hanya mahukan kemenangan tetapi apabila pasukan kita mengalami kegagalan, mereka di cemuh, dicaci, walhal mereka telah mencuba sedaya upaya kan?

Untuk siapa? Untuk Negara mana? Siapa rakyatnya? KITA !!! ingat lah dan hargailah segala penat lelah mereka berjuang untuk membanggakan Negara kita,..
Apapun, terima kasih Bahrain kerana kalian telah mengajar kami erti tidak berputus asa dan jangan terlalu yakin,…

Dan kepada HARIMAU MUDA , usaha dan kesungguhan kalian, sangat saya hargai, dan walau apapuan yang diperkatakan oleh orangt lain yang mengeji kegagalan kalian, ingatlah masih ada penyokong setia yang tidak berganjak yang akan terus 
melaungkan 
“GO HARIMAU MUDA !! DO YOUR BEST AND WHATEVER THE RESULT, WE WILL ALWAYS BE HERE WITH YOU !!”

No comments:

Post a Comment